Topic: openSUSE 11.3 RC (kedua) telah dikeluarkan.
openSUSE 11.3 RC telahpun dikeluarkan 2 minggu selepas keluaran versi RC pertamanya dilancarkan. Menurut para pembangun distro ini, pembangunan terkini ini merupakan semakan terakhir bagi memastikan openSUSE 11.3 berada pada keadaan terbaik. Keluaran 11.3 ini berasaskan kernel LInux 2.6.34 dan menyokong fail sistem Btrfs didalam pemasangannya. Sokongan untuk kad grafik NVIDIA telahpun ditingkatkan bersama intergrasi pemacu Bouveau. Perubahan lain ialah pelbagai kemaskinian untuk KDE, Gnome dan LXDE dan sokongan yang lebih baik untuk netbook.
Versi terkini untuk open SUSE 11.3 dijadualkan pada 15 Julai 2010 manakala openSUSE 11.2 telah dilepaskan pada November tahun lepas.