Topic: Membaiki Grub Bootloader dengan LiveCD
Kadangkala, Grub didalam linux terutamanya berasaskan Debian seperti Ubuntu akan menghadapi masalah. Salah satu sebab perkara ini berlaku ialah dual boot bersama Windows. Satu cara yang mudah untuk membaiki Grub 2 ialah dengan mengggunakan LiveCD Ubuntu. Mari kita lihat bagaimana untuk membaiki masalah tersebut.
Mula-mula, dapatkan LiveCD anda atau muat turun dari laman web Ubuntu. Setelah itu boot menggunakan LiveCD tersebut. Buka terminal dan taip
$ sudo fdisk -l
Jika anda mempunyai boot partisi yang berbeza, ia perlu mount ke dalam sistem. sebagai rujukan, /dev/sda2 akan dugunakan untuk contoh.
$ sudo mount /dev/sda2 /mnt/boot
Sekarang mount semua perkakas yang diperlukan didalam chroot
$ sudo mount --bind /dev /mnt/dev
$ sudo mount --bind /proc /mnt/proc
$ sudo mount --bind /sys /mnt/sys
Sekarang chroot kedalan sistem anda
$ sudo chroot /mnt
Sekarang anda boleh melancarkan arahan sebagai pengguna root tanpa perlu menggunakan sudo. Tapi arahan berikut pada termilan anda
sudo grub-install /dev/sda
sudo grub-install --recheck /dev/sda
Sekarang, apa yang perlu ialah keluar dari sistem dan reboot.
sudo exit
sudo unmount /media/myroot
sudo reboot
Selepas ini, paparan Grub 2 akan kembali kelada asal dan anda boleh memilih dual boot antara Ubuntu dan Windows