Topic: grafik kad tak support
assalamualaikum ....
1. tahniah kpd admin dan otai2 sumber terbuka di atas memertabatkan os ini semoga os sumber terbuka akan berkembang di malaysia.
2. saya telah mengumpul banyak maklumat tentang os sumber terbuka terutamanya Ubuntu dan akhirnya saya telah berminat untuk menggunakannya.
3. oleh kerana itu saya telah membeli laptop Asus A43S Series Core i5 yang telah dipasang Windows7 Home Premium. Saya telah memasang Ubuntu 9.04 dan diupdate ke 10.04 alhamdulillah melalui maklumat di dalam sumberterbuka.net pemasangan ini telah berjaya. saya dapat buka kedua2 os ini.
4. cuma yang jadi masalahnya Ubuntu 10.04 tak support grafik kad NVidia Geforce GT540M 1gb hasilnya display hanya dapat diset resolution 800X600
5. saya memohon jasa baik Admin dan otai2 ST untuk menyelesaikan masalah ini.