Topic: Dinding Api a.k.a Firewall – pfSense

pfSense merupakan satu perisian sumber terbuka berasaskan FreeBSD digunakan sebagai dinding api a.k.afirewall (agak janggal sebutan dinding api jadi firewall akan digunakan untuk entri ini). Perisian ini tidak hanya bertindak sebagai firewall malahan juga mempunyai fungsi yang hampir sama dengan perisian komersil dipasaran.

Sedikit senarai fungsi utama pfSense:

Firewall
NAT (Network Address Translation)
Redundansi
VPN
Laporan / Graf
Informasi data semasa
DNS dinamik
Pelayan DHCP
Kemampuan pfSense sebagai firewall bukan sahaja untuk pejabat kecil atau PC persendirian malah digunakan dalam organisasi yang besar, korporat, melindungi rangkaian komputer. Projek ini bermula pada tahun 2004 sebagai satu cabang dari projek m0n0wall, tetapi menjurus kepada pemasangan sepenuhnya didalam sesebuah PC berbanding fokus sebenar m0n0wall sebagai embedded hardware. pfsense juga mempunyai imej embedded tetapi itu bukanlah fokus utama pfSense

Selamat mencuba!