Topic: Frozen Bubble 2 buat anda Ketagih
Ramai bukan pengguna Linux menyatakan bahawa mereka tidak bertukar Linux kerana sukar memasang permainan yang mereka gemari serta tiada permainan yang menyeronokkan didalam Linux. Tetapi bagi peminat sebenar Linux pasti lebih tahu ada permainan komputer yang boleh dimainkan di dalam Linux cukup membuatkan kita leka malah mungkin menjadi ketagih. Salah satu permainan itu ialah Frozen Bubble 2 ( pautan: http://www.frozen-bubble.org/ ).
Permainan ini merupakan papan permainan yang dipenuhi dengan bebola pelbagai warna, dan tujuan utama ialah membuang bebola tersebut apabila mempunyai 3 warna yang sama atau lebih. Kadang kala, papan permainan ini bemula dengan lebih dari 3 warna bersama. Warna bagi bebola baru adalah rawak, dan memerluka strategi bagi menghapuskan semua bebola tersebut. Sebagai tambahan, anda boleh bermain melawan rakan anda menggunakan PC yang sama. Serta mengubah rekabentuk papan mengikut citarasa anda.