Topic: Menukar IP DHCP kepada Statik dalam Ubuntu
Pada pemulaan pemasangan Ubuntu, kita telah ditanya untuk memilih konfigurasi IP – DHCP atau Statik. Kita boleh menukar konfigurasi ini dengan mudah menggunakan CLI, dan dengan menggunakan terminal arahan, kita boleh menukar IP sama ada di Ubuntu Desktop atau Server dengan cara yang sama.
Mari buka fail interfaces yang terdapat dalam Ubuntu. Saya menggunakan teks editor vim, anda boleh memilih mengikut keselesaan masing-masing.
sudo vim /etc/network/interfaces
Anda akan melihat paparan seperti dibawah (kebiasaannya rangkaian yang pertama ialah eth0, dan ada lain rangkaian seperti wireless wlan0)
auto eth0
iface eth0 inet dhcp
Rangkaian ini menggunakan dhcp, untuk menukar kepada IP statik, anda perlu edit fail tersebut mengikut kesesuaian konfigurasi keseluruhan rangkaian anda.
auto eth0
iface eth0 inet static
address 10.100.0.111
netmask 255.255.255.0
network 10.100.0.0
broadcast 10.100.0.255
gateway 10.100.0.1
Simpan perubahan tersebut dan perlu set DNS dengan mengubah fail resolv.conf:
sudo vim /etc/resolv.conf
Pada bahagian “name server xxx.xxx.xxx.xxx” tukar nilai x dengan IP pelayan DNS anda atau IP pengendali Internet. Akhir, apa yang perlu ialah restart rangkaian tadi dengan arahan berikut
sudo /etc/init.d/networking restart
Untuk menguji konfigurasi anda, ping www.google.com atau laman web utama lain. Jika anda mendapat respon, konfigurasi anda telahpun berjaya.