Topic: CentOS 6.0 ISO dilepaskan umum

http://sumberterbuka.net/berita-semasa/ … skan-umum/

Selepas pengumuman pelepasan CentOS 6.0 pada 10 Julai 2011 lalu, kini imej ISO CentOS 6.0 buleh dimuat turun dalam bentuk LiveCD dan juga DVD. Ketika pelepasan rasmi sebelum ini, ia tidak disertakan dengan imej ISO.

Untuk imej LiveCD CentOS 6.0, ia menggunakan Kernel Linux 2.6.32 dan persekitaran Desktop GNOME 2.28.2. Juga disertakan dengan Mozilla Firefox 3.6.9, Mozilla Thunderbird 3.1.3, GIMP 2.6.9, juga Pidgin 2.6.6. Oleh kerana LiveCD mempunyai kekangan saiz data yang perlu dimuatkan hanya untuk kapasiti 700 MB, tidak banyak aplikasi tersedia dalam LiveDC tersebut, tetapi jika anda ingin mendapatkan lebih banyak aplikasi lalai CentOS 6.0, anda boleh muat turun versi DVD.

Untuk muat turun imej ISO ini, anda boleh layari laman rasmi CentOS.

Post's attachments

Centos6.png 377.7 kb, file has never been downloaded. 

You don't have the permssions to download the attachments of this post.