Topic: Projek baru dari Sumber Terbuka Dot Net
Sistem ini dibangunkan menggunakan Hotaru CMS untuk membolehkan pengguna menghantar artikel ke dalam sistem ini untuk dikongsi umum. Pautan terus kepada artikel/blog asal tersedia secara automatik dimana sesiapa yang ingin mendapatkan informasi penuh, boleh klik pada tajuk artikel dan terus dipandu kepada artikel asal.
undi.ME - nama yang telah difikirkan setelah memikirkan beberapa senarai pilihan, ada diantaranya tidak sesuai dan banyak yang telah diambil orang lain. Kenapa undi.ME ? satu ciri utama laman web ini ialah anda boleh mengundi artikel dan blog serta saya merasakan pilihan nama ini memudahkan kita untuk mengingatinya (atau mungkin saya yang perasan lebey..?)
Anda boleh klik pautan dibawah untuk pergi ke projek yang dimaksudkan:
Anda boleh mendaftar di laman web tersebut disini ( http://undi.me/register/ ). Satu email pengesahan akan dihantar kepada anda bagi memastikan alamat email serta pengguna yang sah sahaja boleh mendaftar ( ini untuk mengurangkan SPAM). Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau masalah menggunakan laman web ini, satu kategori baru telahpun dibuka dalam laman forum Sumber Terbuka Dot Net ( http://komuniti.sumberterbuka.net/ ) bagi memudahkan perbincangan mengenainya.
Saya berharap anda boleh mendaftar dan mengwar-warkan kepada umum mengenai projek baru saya ini. Selamat Mencuba!