Topic: Pengguna Linux Seluruh Dunia

Semasa membelek Internet, saya terbaca satu artikel yang telah dikeluarkan oleh Focus.com mengenai penggunaan Linux di jabatan-jabatan kerajaan, pendidikan serta swasta diseluruh dunia. Senarai tersebut menyatakan 50 organisasi besar yang menggunakan Linux sebagai platform mereka dalam menjalankan tugas harian. Apa yang menarik minat saya ialah ada organisasi penting menggunakan Linux disebabkan ia stabil dan memenuhi keperluan mereka.

Satu contoh dari senarai tersebut ialah Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Mereka menggunakan Red Hat Linux untuk melarikan sistem mereka dan menggunakannya semasa operasi di Baghdad, Iraq. Diketahui juga armada laut mereka juga menggunakan sistem operasi Linux!

Selain itu Cisco juga terpaksa menggunakan Linux untuk syarikat mereka disebabkan masalah pencetak bersama Windows NT. Masalah yang kita semua hadapi semasa menggunakan Windows bersama peranti Cisco. Dan masih ramai pengguna membina infrastruktur IT dengan gabungan Cisco dan Windows. Pelik bukan?

Keseluruhan kerajaan Sepanyol telahpun menggunakan Linux sebagai sistem operasi mereka. Sepanyol telahpun menjadi penyokong utama dan pengguna Linux dari sudut kerajaan persekutuan mereka. Semenjak tahun 2002, mereka telah membuat penyesuaian distro Linux yang dinamakan LinEX berasaskan Debian dan GNOME sebagai persekitaran desktop. Kerajaan Sepanyol juga telah memberikan CD kepada hampir semua peluang yang ada – pejabat kerajaan, edaran majalah malah suratkhabar harian sebagai satu usaha berterusan dalam mengedar LinEX kepada semua. Saya juga tertanya-tanya adakah ini salah satu punca Sepanyol memenangi Piala Dunia 2010 ???

Dalam sistem pendidikan pula, banyak jabatan kerajaan dunia serta organisasi telah menggunakan Linux sebagai alternatif mudah dan murah sebagai satu alat pembelajaran. Senarai dibawah merupakan organisasi pendidikan yang menggunakan Linux -

Sekolah-sekolah di Rusia
Universiti German
Pendidikan Filipina
Kerajaan Georgia
Negeri Tamil Nadu India
Sekolah-sekolah di Switzerland
Bandar Bolzano, Itali
Kerala, India
Program Satu Laptop setiap kanak-kanak
Sekolah-sekolah di Indiana, US

Re: Pengguna Linux Seluruh Dunia

leh x cadangkan kat sy linux pe yg ssuai utk pngguna yg bru cam sy nie

Thumbs up Thumbs down

Re: Pengguna Linux Seluruh Dunia

zaeny90 wrote:

leh x cadangkan kat sy linux pe yg ssuai utk pngguna yg bru cam sy nie

Salam,

Sudah tentu boleh, saya cadangkan gunakan Ubuntu atau Linux Mint bagi pengguna baru kerana Distro ini mempunyai konfigurasi pemasangan yang agak mudah. Banyak juga aplikasi yang tersedia dalam kedua-dua Distro untuk kegunaan harian seperti OpenOffice dan pelayar Firefox. smile

Re: Pengguna Linux Seluruh Dunia

bagaimana dengan Fedora 14 dengarnya lebih baik dari Ubuntu

Thumbs up Thumbs down

Re: Pengguna Linux Seluruh Dunia

Pada pengalaman saya, Fedora lebih sesuai pada pengguna Linux yang telah mahir menggunakan Linux dan CLI (Command Line Interface). Apa yang sebenarnya bagi pengguna Linux ialah bergantung pada pengguna itu sendiri sebab Linux boleh diolah mengikut citarasa pengguna.  big_smile