Topic: Buat peminat Game QUAKE III
Buat peminat-peminat permainan seperti QUAKE III atau yang seangkatan dengannya, dalam Linux juga mempunyai permainan yang dipanggil Cube 2. Permainan ini hampir sama seperti QUAKE III dan boleh dimainkan secara multi-player. Cube 2 juga mempunyai kebolehan grafik dan rangkaian yang pantas. Selepas melarikan skrip Cube 2, anda secara mudahnya boleh terus bermain permainan ini.
Tujuan utama pembangunan permainan ini bukan hanya penghasilan fungsi hebat atau grafik terbaik, tetapi membolehkan pengubahsuaian peta/geografi boleh dilakukan dalam masa nyata bersama persekitaran permainan tersebut, sementara memastikan kod sumber kecil dan padat.
Muat turun perisian tersebut di laman web
http://sourceforge.net/projects/sauerbraten/files/